GAZA, 28 NOV: Kementerian Kesihatan Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dijangka dilakukan pada 17 Disember ini.
DOHA, 24 NOV: Jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan bermula pada Jumaat, 7 pagi waktu Gaza (12 tengah hari Waktu Malaysia), menurut Kementerian Luar Qatar Jurucakap Kementerian Luar Dr. Majed bin Mohammed Al Ansari dalam sidang media pada Khamis berkata perbincangan antara Hamas, Israel dan...
BANDARAYA GAZA, 20 NOV: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.
GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.
OLEH NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 20 NOV: Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat mendoakan agar semua kanak-kanak khususnya yang berada di Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman. Tan Sri Johari Abdul berkata tarikh hari...
SHAH ALAM, 20 NOV: Usaha keamanan perlu dipertingkat bagi memastikan semua bantuan sampai kepada mangsa peperangan di Gaza, tegas Dato’ Menteri Besar.
GAZA, 20 NOV: Seramai 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza dipindahkan pada Ahad, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam satu kenyataan.
GAZA, 19 NOV: Tentera penceroboh Israel memaksa kira-kira 500 pesakit di Hospital Al-Shifa di barat Bandaraya Gaza, termasuk yang cedera parah supaya mengosongkan hospital itu, menurut pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Sabtu.
SAN FRANCISCO, 18 NOV: Nilai teras dan kepentingan multilateralisme terutamanya bagi ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia, dan bahawa kemanusiaan harus mengatasi pakatan politik, adalah antara mesej utama yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada di sini.
GAZA, 19 NOV: Ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dikhuatiri terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Sekolah Al-Fakhura yang diuruskan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza, menurut pihak perubatan.
GAZA, 18 NOV: Pengarah Hospital Al-Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini sebagai tanda solidariti kepada wartawan dan jurufoto yang terkorban di Gaza.
ANKARA, 18 NOV: Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu, dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.
NEW YORK, 16 NOV: Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah telah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.
BANDARAYA GAZA, 16 NOV: Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita, menurut pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 16 NOV: Pameran seni ‘Colours For Gaza’ yang menghimpunkan lebih 50 seniman tempatan dan antarabangsa menyampaikan karya masing-masing sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin.
Oleh AMIRUDIN SHARI Seantero dunia disergah kecamuk. Perang Ukraine belumlah selesai. Konflik di Asia Timur dan pasifik belumlah reda dan yang terkini kezaliman rejim Zionis di Timur Tengah terhadap rakyat Palestin masih berterusan. Kesemua konflik yang sedang menggelegak ini berpotensi...
GAZA, 15 NOV: Tentera Israel berkata ia sedang menjalankan operasi terhadap Hamas di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza hari ini dan menggesa anggota kumpulan pejuang di hospital itu menyerah diri.
SEPANG, 15 NOV: Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam tadi bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.